Friday, 8 June 2012

LITANI




Kudrat yang memudar,
Terbeban menarik bayangan,
Legap milik sendiri,
Kerana dosa-dosa,
Tidak terampun,
Atau belum dilunas,
Canggahan yang mencabar,
Kuasa alam dan ketuhanan,
Merungkai lemahnya hamba,
Tiada terkejar,
Laluan orbit sang mentari,
Belikat empat kerat,
Belum bersedia beralih,
Menghadap renungan rembulan,
Walau tirai cakerawala,
Melabuh pada detiknya,
Janji telah sempurna,
Maka ampunkan daku.

No comments:

Post a Comment