Hembusan nafas,
Degupan jantung,
Dan denyut nadiku,
Terucap kalimah syahdu,
Menyingkap esa dan kuasanya,
Kerana putik cinta,
Kerana nikmat dan pengharapan,
Kerana kerdilnya hamba.
Khilaf usia lalu,
Menyuntik noda dosa,
Kabur penglihatan dan mata hati,
Berkongsi rasa bersama dunia,
Hanyut dalam gelora jiwa resah,
Menagihkan nyawa kedua,
Bawa aku kembali.
Yang indah sesuci pagi,
Cuma di sini,
Paksi cinta tulus dan hakiki,
Tanpa sangsi pada kesetiaan,
Tanpa ragu rindu bersendirian,
Pesonanya seluas alam ciptaan,
Tiada lancung permainan,
Hanya padamu tuhan,
Aku merasai cinta dan ihsan.
Style2..boleyh jadi lyric for our project bro!!:)
ReplyDelete