Aku bukan tuhan,penentu halaman esok.
Di pelusuk sudut dunia,
Kita betah mendengar,
Penzahiran beza dan tangisan,
Hukuman sejak azali,
Kerana abstraknya dosa,
Dan timbangan jiwa hilang,
Dalam sempadan pemisah,
Kini menjadi maya,
Tersaksi di depan mata.
Syaitan,iblis dan dajjal,
Sudah bertuan di bumi sendiri,
Dengan topengan simpati,
Mengisi jasad suci,
Bermanifestasikan bahagia,
Jika darah menjadi galang ganti,
Membawa selubung ketakutan,
Maka rapuh mentari siang,
Lantas jelik pesona aurora,
Pada langit timur tengah,
Terdengar pekikan derita,
Kerengga-kerengga merah,
Menghadap tapak babi menghentam.
Di sini,
Sungai hanya mampu,
Mengalir lesu,
Membasahkan pipi,
Hakikat yang diterima sang kerdil,
Apakala tali persatuan,
Kabur ditelan dunia,
Hanya takbir ke ilahi,
Pemecah hening suasana,
Moga sampai ke ceruk dunia.