Wednesday, 17 October 2012

DENAI PAGI




Meniti hari-hari,
Sukar jalanku,
Sapaan bayu meliar,
Mencari pedoman,
Menyambut aku di laluan,
Tersenyum rumput pagi,
Menanggung embun,
Tersipu semalu memeluk tubuh,
Walau tegal dan sebati bersama,
Kesemua liku-liku itu,
Sedang menjalankan amanah,
Dengan rutin yang menjadi kemestian,
Apakala sinar pagi,
Mulai memberi warna,
Malah ia juga begitu,
Setia pada pelaksanaan alam,
Kerana jasadnya di situ,
Bukan mencipta pelangi,
Kamu?

No comments:

Post a Comment