A: usah menangis hati,
Meski kita berlalu pergi,
Harus ada yang tertinggal,
Dan ruang kosong itu,
Bukan untuk diisi lagi,
Biarkan terbekas,
Luka,parah dan luluh,
Sepi membawa diri.
H: mengapa harus begitu?
Aku dibiar nanah,
Apa kau menyalahi fitrah,
Meragukan ketentuan qada’ dan qadar,
Pedoman gelap hilang cahaya,
Picisan kerdip pun kau usir,
Seksa adalah pilihanmu,
Tolong,
Lengkapi aku.
A: jawapan kepada kegundahan,
Bersarang dan menjangkiti,
Bukan padaku,
Benar,bukan padaku,
Susurilah satu pecahan
malammu,
Daripada tiga yang
terbahagi,
Dayaku adalah kamu,
Maka ayuh,
Jangan menanti bulan,
Kerana pungguk pun sudah
terbang,
Pergilah,
pergi bersama tuhan.
H: kata yang terucap,
Biar memberi erti,
Dayamu adalah aku,
Tapi kamu yang membawaku ke situ,
Jalanku tidak kosong,
Ada emosi,rasa dan nafsu menanti,
Gentarkah kamu?
Tegar lagi untuk kembali,
Penuh sudah dadamu diisi ilmu?
Renung mataku.
A: …………..
No comments:
Post a Comment