Thursday, 14 February 2013

PEDULI




Putaran,
Kesinambungan yang tidak akan kembali,
Iri melihat senang,
Gerak-gerak kelajuan,
Menuntut cita dimamah masa,
Biarkan berlalu,
Teruja bagai nadi,
Angkuh dan liar pergi,
Seperti tikus-tikus cuak,
Mengejar ekor sendiri,
Hingga penat,
Dan lelah,
Dan menunggu mati,
Percuma tanpa punca,
Usah dipersetankan,
Bangkainya nanti,
Akan terbiar,
Kerana ‘jasad’ itu,
Tiada nilai disisi semua,
Bukan bebanan sesiapa.