Usia senja merangkak,
Punah jiwa remaja,
Kala kudrat menafikan daya,
Suntuk itu biasa,
Tetapi akal tua belum bersama,
Masih mencanak dalam berdosa,
Alpa pada fungsi dan peranan,
Dan tanggungjawab yang membeban,
Kerana kononnya bukan kita yang memilih,
Jalanan dunia ini mahal,
Percuma itu bahan tertawa yang mustahil,
Urusniagalah kunci kepada penghidupan,
Yang terkuasa oleh tangan kita sendiri.
No comments:
Post a Comment